Saturday, February 4, 2012

salam maulidur rasul..


Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan.Lalu dia bertanya,"Siapakah engkau?"Makhluk itu menjawab"Akulah amalmu yang buruk."Lelaki itu bertanya"Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?"Makhluk itu menjawab,"Dengan membaca selawat Nabi S.A.W."

Rasulullah SAW bersabda:
"Selawat kepadaku adalah nur atas titian.Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali,maka Allah akan mengampuni dosanya setahun."

See?tak terkata hebatnya jika kita sentiasa memuji baginda.Sesungguhnya selawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW akan menenangkan hati setiap insan.

Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.Pada suatu malam,dia bermimpi melihat Nabi SAW.Baginda tidak menolehnya.Kemudian lelaki itu bertanya,"Wahai Rasulullah,apakah engkau marah padaku?"Rasulullah menjawab,"Tidak."Lelaki itu bertanya lagi,"Mengapakah engkau tidak memandangku?"Rasulullah menjawab,"Kerana aku tidak kenal kamu."Lalu lelaki itu berkata "Bagaimana engkau tidak menegenaliku?Aku adalah lelaki umatmu.Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu berbanding ibu bapanya."Rasulullah berkata,"Mereka benar.Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat.Padahal aku kenal umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."
Lelaki itu terbangun.Lalu dia mewajibkan membaca selawat seratus kali setiap hari.Setelah dia melakukan demikian,maka beberapa hari kemudia dia bermimpi melihat Rasulullah SAW seraya Rasulullah berkata,"Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau."Iaitu kerana dia cintakan Rasulullah SAW.Ketika Rasulullah SAW mengajak Kaab bin Asyraf beserta sahabatnya masuk Islam,mereka berkata,"Kami ini sebagai putera-putera Allah,tentu kami lebih menyintai Allah."

Kemudian Allah berfirman kepada Nabi-Nya:
"Katakanlah:Jika kamu mengasihi Allah,ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihimu dan mengampuni dosamu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(Q.S.Al Imran: 31)

Diceritakan dari Ali kwj, dia berkata, "Barangsiapa merindukan syurga,tentu akan cepat dan suka berbuat kebaikan.Barangsiapa takut kepada Neraka,tentu dia akan tahan nafsunya dari segala keinginan.Dan barangsiapa yakin akan mati,maka tidak begitu selera kepada kelazatan."
Ibrahim al-Khawwas ra pernah ditanya tentang 'Mahabbah'.Lalu dia bekata,"Mahabbah adalah menghapuskan segala kehendak,membakar semua sifat dan hajat serta menenggelamkan dari lautan isyarat." 

Aku bertekad untuk menjadi manusia yang lebih baik dan sentiasa dahagakan ilmu.Doakan semua yang baik.Selamat Menyambut Maulidur Rasul.Jadikan selawat sebagai amalan dan semoga segala dosa di ampunkan oleh Allah SWT.Amin..

Next entry new story.Kachaaawww..

No comments:

Post a Comment

 
WELCOME TO MY KINGDOM ♥